di canakkale kitorang stay di Iris Hotel. hotel ni terletak di tepi pantai and suhu kat sini lagi sejuk dari istanbul. nearly 0 celcius kot. so tempat yg kita visit is troy city. boleh google lah troy city ni tempat apa tapi sapa yg tengok cerita Troy (2004) memang tau lah sejarah dia. sapa peminat brad pitt pun tau lah cerita troy ni pasal apa :p semalam aku baru nak tengok and besst la. memang sama macam tour guide kitorang cerita tapi beware, cerita ni pg18 so sila banyakkan mengucap :D
welcome to troy !
excited kot masa tengok movie tu ada replika kuda ni. aku tak ingat kuda ni nama apa. tapi sejarah mengatakan *pft skema* masa perang antara sparta dengan troy, sparta hampir kalah and troy menang. perang ni terjadi lebih kurang 3000 BC yg lalu. so berdasarkan kefahaman aku la, sparta buat replika kuda ni kononnya sebagai persembahan kepada poseidon (tuhan diorang la) padahal tentera diorang ada dalam kuda tu. so bila orang troy bawak kuda ni masuk ke kota diorang, malam tu tentera sparta buat serangan hendap and musnahkan kota troy ! gitu lah kisahnya hihi
it was fun exploring this historical city !
our lunch, as usual - tasteless and salty
p/s - i didnt finish the whole plate
safiyya pun tak boleh telan makanan tu, so dia makan pasta and popia ja setiap hari. poor kid
next stop, acropolis of athens
next stop is acropolis. acropolis ni ancient city gak and terletak atas bukit, lebih kurang macam machu pichu lah. naik dengan cable car and view kat sini memang cantik. so acropolis ni wujud zaman athens dulu la and sejarah dia pun best. sapa nak tau boleh check wiki guys :)
kota ni besar kot and i wonder, macam mana orang dulu angkat batu naik atas bukit yang tinggi ni just nak bina bangunan cantik macam ni. kat sini ada second biggest ancient library in the world, ada lebih kurang 500000 buku. tapi zaman dulu diorang tak pakai buku, diorang punya buku bentuk macam scroll.
kita ambil gambar orang lawa, orang ambil gambar kita macam ni haa muka. and thanks my adik the worst photographer i've ever know in my entire life
cable car ! dekat langkawi pun tak pernah naik hahah
excited sebab first time jumpa sheep kat sini. lol
surely wanna visit this place again !
so habis sehari kat dua tempat ni. Canakkale ni memang kawasan countryside sikit sebab tu ada sheep semua tu. kawasan ni pun banyak ladang macam pokok zaitun and pokok tin
selalu nampak kipas tu kat holland ja. so ni on the way to kusadesi (pronounce : kusyadese) utk dinner and check in hotel.
welcome to le bleu hotel. lights off, mind shuts
next day - Ephesus ancient city and pamukkale !
No comments:
Post a Comment