Follow by Email

31 December 2015

Part 4 : Cappadocia

On the way to cappadocia ni kitorang singgah di Konya. Konya ni antara bandar terbesar di Turki lah. Kat sini kitorang visit makam ahli sufi, Jalaluddin al Rumi kot tak silap aku. Ahli sufi ni orang yang menari pusing pusing tu. Tapi diorang bukan menari, diorang berzikir and terlalu focus pada ketuhanan sampai apa yg berlaku di sekeliling pun tak rasa apa dah. Makam ni terletak dalam muzium, Mevlana museum.


Konya city !



Mevlana Museum

So now kita dah berada di Cappadocia !!! The second highlight of turkey after istanbul !
Journey from pamukkale to cappadocia took almost 6 hours and it was damn tiring for everyone. But we’re blessed by the view along the highway since the temperature reached nearly -10 celcius at night, so everything went frost !! 

Time tu memang dah terbayang-bayang movie frozen sebab the surrounding memang sangat cantik and a little bit gloomy. Sekeliling bas memang putih semua and unfortunately masa on the way ke cappadocia tu ada haze or maybe fog yang sangat teruk sampai jarak penglihatan pun tak sampai 100 meter, tapi haze kat sini tak sama cam malaysia weh, haze kat sini warna putih ditambah pulak pokok pokok yg frost memang lively gilaa movie frozen. Winter bliss !



Nampak tak pokok semua frost, itu bukan salji tau tapi frost. Terjadi bila embun waktu pagi tu beku sebab suhu sejuk sangat. Kalau kat dunia dah cantik macam ni, tak tau lah syurga nak cantik macam mana lagi. Subhanallah






winter wonderland sangat !

Sampai ja cappadocia terus check in hotel, Ramada Cappadocia Otel. Ni hotel 5 star weh jangan memain, view dia pun cantik. And we spent in cappadocia for 2 days, 2 nights stay sebab kat cappadocia ni banyak tempat best and cantik. 



So first day in cappadocia, bangun pagi ja tengok kat tingkap memang pergh, semua dah frost. Turun breakfast pun jenguk kat tingkap, uyo semua frost weh breakfast pun tak kenyang sebab admire dengan view yang cantik. Never in my entire life i ever see such view. Sangat priceless and worth it. Pastu masa jalan keluar hotel, memang WINDY and sejukk mencengkam tulang belakang kot (ini bukan hiperbola, ini true story heh). Kalau nak bengkokkan badan mesti rasa tulang belakang sendiri. Seram pulak aku


Tapi semua tu tak penting, yang penting view kat luar ni yang mashaallah taktau nak describe macam mana. Oh ya by the way, sepatutnya pagi ni kitorang naik hot air balloon tapi terpaksa cancel sebab haze teruk. So kitorang gerak dulu ke Underground City. 




Underground city ni tempat persembunyian orang dulu dulu dari musuh. Diorang korek bawah tanah and stay dalam tu for a couple of months. And diorang survived k. Dalam underground city tu ada laa kitchen, bedroom, storage site semua and nak kata betapa besarnya underground city ni sampai besarnya sama macamsebuah kampung ! 

Masa masuk underground city ni, memang jalan pun kena bongkok, melutut. Jangan tanya berapa kali aku dah terhantuk kepala, benjol kat dahi. Tapi best sebab rasa macam masuk sarang tikus sebab berlorong lorong. Ventilation kat situ pun bagus, cukup oxygen sebab ada laa lubang lubang yang menghubungkan udara dari luar.

Aku paling tertarik nak cerita pasal cheese ni. Diorang mana makan daging semua tu sebab susah nak buru binatang kat luar, since musuh still ada di sekeliling. So diorang makan cheese ja. Hm kalau buat cheese asalnya dari susu lembu kan, tapi cheese diorang daripada URINE ! (rest in peace sapa yg tengah makan sekarang). Lepas tu urine tu dia bekukan cemana ntah aku tak ingat proses dia, tapi diorang simpan dalam bentuk kepal-kepal laa pastu tempek kat dinding and bakar. Sedap :p (kidding) tapi ni cerita zaman dulu laa sekarang mana ada dah 



Aku belanja video sekali kalau sapa sapa nak tau lah dalam tu feel mcam mana.


Survived underground city hehe jom main salji pulak.


17 but never mind



susah betul ada paparazzi asyik nak ambil gambo kite hahahahah

Lepas underground city, kitorang gerak ke kilang karpet jap. Karpet kat sini memang high quality sebab handmade and masa nak buat karpet ni sangat lama, 3 tahun pun ada. So harga dia pun best, paling murah 5000 ringgit lah kalau convert ke duit malaysia. Paling mahal 80000 ringgit. Botak kepala bapak aku. Tapi karpet kat sini memang undeniably cantik design dia. Macam-macam jenis karpet ada, karpet terbang, karpet pusing, karpet tukar warna bla bla bla. 


paling murah rm5000 ya kawan kawan


sorry bro tak dak duit dah

lepas kilang karpet, kitorang gerak ke pigeon valley and hot air balloon sebab dapat call kata cuaca dah baik. tapi next entry lah sebab aku dah penat menaip. thanks for reading, bye :)

1 comment:

Eimma Sue said...

bestnya men salji :)