12 August 2014

Some

Assalamualaikum. Hi

em, sebenarnya aku sendiri taktau nak post apa. Tadi aku saja baca blog idzni -setiausahasilatcekak.bs.com
lawak habis. bila baca balik, em rindulah time form 3 dulu. alhamdulillah sekarang dah form 4. dah macam macam dah berubah kat sekolah ni, dan aku. kalau aku rewind balik awal tahun 2014 ni, ya Allah berbeza gila antara dulu dan sekarang..

Masa awal tahun dulu, aku punya lah berharap nak keluaq sekolah. aku punya berharap dekat mrsm. mrsm yg aku mintak is mrsm tepengg, smart school la kateko. hm.. tunggu punya tunggu smpai panggilan ketiga, x dapat jugak. punyalah sedih bakhiangg.. tapi, semua tu ada hikmah. masa awal tahun jugak, ramai yg pindah (( ramai la jugak )). antaranya AZIAH, time aziah habaq kata dia nak pindah, memang aku nangis teruk. masa farewell dinner tu, memang aku nangis banyak aaa, sedih gila kawan pertama aku di irshad nak pindah. memang aku nangis gila gila masa peluk dia. aku tak heran dah muka aku macam mana, aku just.. nangis dan nangis. tu ja aku mampu. selain aziah, shahira syamelia. masa dia bagitau dia dapat mrsm pengkalan chepa, aku memang suruh dia pergi. sebab, itu impian kami sejak form 3. aku sekelas dengan syahira sejak form 2, tapi kami tak rapat pun. then masa form 3 rapat gila. selalu balik sekolah sama sama ;) selalu merungut sama sama :) ya Allah rindu gila kat syahira. dia baik, cantik. dia sangat memahami aku. dia sangat humble. memang aku sayang dia. sekarang ni kami still keep in touch. lama kot tak jumpa dia huhu

selain syahira, azlifarihah. panggil farihah ja. farihah ni duk belakang rumah aku ja pun. haha. em, dia pindah pi dato onn. memang terkejut gila dia pindah. farihah ni sekelas dengan aku masa form 1. 1 Ibnu Sina. dia baik, pandai, comel dan lawok. aku rindu la dia. masa dulu dulu, memang aku rajin pinjam barang kat dia lol. selalu naik basikal pi rumah dia. aku ingat gi masa form 3 dulu, aku pi rumah dia untuk study science. time tu nak trial dah, tu yang kalut tu hahah. memang aku rindu sangat lah kat dia. walaupun kami xda la rapat, tapi kami rapat la gak (aku dah buat ayat hindu, mohon faham)

lepas tu, masa tengah tahun pulak, bolehlah aku definisikan sebagai musim 'gedik'. maklumlah budak 16 tahun (unofficially), mahu diri disayangi. aku ada dapat tau yg crush aku suka kat aku. memang aku syok habih arr, tiap2 hari wechat dia. sweet la kateko. poodahhh, pastu ada sorang mamat ni jealous, dia bagitau habih rahsia crush aku tu, playboy la bla bla bla. em, time tu aku rasa dooowwwnnnn gila. sampai nangis nangis. yalah, lepas tu aku dlete dia kat wechat. pastu ada laa dia moment sedih gila bla bla. tapi aku taktau la kenapa (harap2 sebab aku lah kot bhahahaha). then lepas tu, aku add dia balik. and everything dah normal. haha. aku dah malas cintan cintun ni. lepas tu banyak lagi laa rumors aku dengaq, ramai yang suka kat aku tahun ni. ofcourse la kembang jugak, tapi aku tahan diri aku. sebab, aku tak yakin depa semua tu betul2 suka aku. so, sekarang memang aku single, and happy :) im building my own empire !

sekarang ni dah akhir tahun, aku definisikan sebagai 'musim matang'. alhamdulillah aku dapat rasa sendiri perubahan kat diri aku. dah makin matang. terutamanya sebagai seorang pengawas, pemimpin. bila dapat tanggungjawab tu, rasa makin semangat nak jalankan tugas lol. tapi betullah, memang aku dapat rasakan diri aku ni dah semakin matang. bila tengok kawan-kawan sekarang dengan dulu, beza, muka semua dah matang. dulu semua coomel comel ja. tahun depan dah nak habis sekolah dah, memang aku nak tinggalkan yang baik baik saja kat sekolah ni, inshaaAllah SPM 2015 11A++ ! Aamin

sejak form 1 sampai form 3, aku paling suka form 3. aku suka masa preparation pmr tu, semua orang saling bantu membantu. aku rindu 'feeling' tu. 3AR pun best, havoc. aku rindu aktiviti lepas pmr. dan idzni, aku bersyukur sangat sebab aku dapat kenal dia. sebelum tu aku punyalah takut dengan dia, sebab nampak dia cam garang, garang tapi cantik. dia pulak asyik kata aku sombong. aku bukan sombong, pemalu. malu tak kena tempat. haha. tapi, aku sayang idzni, dia sangat baik. aku tau aku ni boring bagi dia, tapi, memang aku bertuah sebab aku dpaat kenal dia, cantik dan annoying.

masa form 1, aku rapat ngan aziah. aku rindu segala memori indah yang pernah kami buat. masa kem alquran kat usm. masa dia luah perasaan pasal asrama kat aku. memang aku sayang dia. dulu masa form 1, kami macam belangkas. macam kembaq. memang aku sayang dia dunia akhirat. masa form 2, aku rapat ngan zarifah, tapi masa mula mula tu, aku tak suka dia, sebab dia suka buli aku. dia start rapat ngan aku sebab dia cakap aku ni lawak. dia seorang pendengar yang setia, suka dengaq masalah aku, dia memang kawan baik aku. dulu masa form 2 dia asrama. so kami xla serapat aku ngan aziah ngan idzni. dulu, memang aku suka cari gaduh ngan dia. tapi ya Allah, memang aku sayang dia walaupun kadang-kadang menyampah gila lols.

tu lah ceritera aku sejak form 1 sampai form 4 nih, tak semua yang aku coretkan kat sini. certain saja, tapi amat bermakna bagi aku. thanks for reading hahaks ! *(blog ni xda readers lol)*

No comments: