Follow by Email

29 September 2014

mrsm taiping

11.53 pm // 29.9.2014 // bedroom

hi there.

lagi beberapa minit nak masuk hari esok. k sebenarnya takde pape pun esok, cuma homework aku je tak siap lagi. nak hilangkan ngantuk, aku pun bukaklah blog. *pop* (light up bulb), haaa i dah ade idea nak type apa

dulu. masa zaman pmr. 2013. aku tak suka sekolah aku. smka al irshad. sekolah berprestasi tinggi. sebab ?

1 - peraturan ketat sangat
2 - sekolah yang kasi homework paling banyak kat student ialah smka al irshad ya
3 - tiap-tiap hari ada tuition, kecuali ahad

aku pun tak ingat sebab-sebab aku benci sangat sekolah aku dulu. hahaha. disebabkan kebencian yang meluap-luap, maka aku bertekad untuk belajar rajin rajin supaya mendapat 9A a.k.a straight As untuk pmr. aku telah apply mrsm taiping sebagai sekolah yang 'bakal aku belajar' nanti haha. but, why i chose mrsm taiping ?

1 - smart school. dah lama dah tau sekolah ni sekolah budak terer.
2 - sebab aku nak belajar dalam suasana mrsm
3 - supaya boleh dapat ramai kawan baru
4 - supaya boleh pergi zoo tiap tiap hari
5 - supaya aku dapat keluar dari irshad

seriously, masa pergi exam ukkm, kawan-kawan aku semua pergi jawab di mrsm kepala batas ja, sebab dekat dengan rumah. aku ? aku pergi mrsm taiping okay. sebab aku memang naaaakkkk sangat belajar dekat sini. sebelum exam start, aku dah ronda satu mrsm tu. and masa jawab ukkm tu, memang aku jawab sehabis baik. i had well-prepared for it okay. and masa tu aku sangat yakin yang aku bakal menjadi salah seorang pelajarnya di sini.

BUT, apalah nasib. masa panggilan pertama mrsm, aku gagal. kawan aku syahira yang sekepala dengan aku masa pmr dulu, dapat pc. time tu, memang aku nangis semahu-mahunya. badan hilang 3kg sebab tak selera makan, depressed semua ada. maka, aku pun berharap sangat untuk panggilan kedua pulak.

panggilan kedua pulak. AGAIN, i failed. i cant believe that i failed. dunia rasa gelap. aku tahu, kesemuanya 3 kali panggilan, tetapi firasat aku kuat mengatakan, yang aku takkan dapat mrsm. aku frust sangat. aku nangis. every night. aku tak tahu macam mana nak teruskan hidup (hiperbola tahap dewa) di sekolah yang aku sangat benci masa tu. hahah

alhamdulillah, aku ada kawan-kawan yang sangat supportive. bagi kata-kata semangat. aku terharu sangat by the way they treated me just to made me happy.

' ada hikmah wey, relax'

'everything happens for a good reason'

'sekolah irshad pun power, bakpe nak pindah, hahah'

hm. pastu lama kelamaan, aku dah rasa okay. aku macam dah sayang sekolah aku. mungkin sebab tahun ni aku join macam-macam untuk sekolah such as debate. so bila join debate, aku rasa macam, 'i did this for school, for my beloved school'. so, that was how i started to love my school again since form 1.

lagipun, kat irshad pun power dari segi akademik, setiap tahun result gempak. so, aku rasa ada hikmah aku berada di irshad. aku harap aku dapat contribute kat sekolah ni. pejam celik pejam celik, dah 4 tahun aku kat sini. next year tahun last. tahun spm. haihh 

so, itulah coretan aku pagi pagi buta ni. betapa desperatenya aku nak masuk mrsm. tapi tak dapat juga. bukan tak pandai, maybe financial bckground. who knows ? oh btw sorry english berterabur,  mengantuk teruk dah ni. k bye.

au revoir !

No comments: