Follow by Email

9 December 2014

Korea - Jeju Island Part 2

Baiklah. Mari kita sambung part 2. Honestly aku bukanlah jenis yang suka menulis ber part part bagai, apatah lagi aku bakal menduduki spm tahun depan. ya maklumlah holiday aku dah 'habis', back to reality anis. tapi apapun, perjalanan di korea adalah satu pengalaman yang sangat besstt. maka aku haruslah cepat cepat menghabiskan catatan travelogue ku di korea sebagai kenang kenangan agar nanti dah besar boleh baca balik sebelum aku lupa.. hmm

ok lah sebelum aku membebel lebih jauh, back to the main topic, habis menikmati permandangan sunrise, kitorang bertolak naik bas ke ladang buah limau. kata mr kwon, tanah di jeju ni subur subur belaka maka semua buah limaunya tumbuh dengan sihat dan segar segar belaka. and guess what, time ni tengah hujan batu !!!!


kan aku dah cakap, buah limau dia sodap sodap



haa lepas selesai sesi bergambar di ladang tu, kitorang masuk ke tempat pembuatan coklat kat sebelah ladang tu ja. coklat yang dibuat ni semua berasaskan limau. sedapp. only in jeju tau !


safiyya pun makan :)


my mom, safiyya and zaid !

kitorang spend di ladang limau dalam half an hour saja, then terus bergerak ke Jeju Folk Village 

mr kwon tengah translate makcik purple tu cakap korea in english. senang je makcik tu dapat nama 'makcik purple' kekeke

 because its raining so we have to stay indoor while enjoying the beautiful scenery here


folk village ni memang cantikk


ni lah rupa rumah rumah di folk village ni. kalau korang nak tahu how old people in korea live please google it up k. tengok rumah ni macam ala ala hobbit dah

next, kitorang singgah makan betul betul depan folk village tu. means kena lintas jalan laa. jarak dia dalam 200 meter ja dari folk village. menu ? semuanya sama cuma the way they we enjoy our food is different :)


diorang ni jenis makan dalam mangkuk kecik saja. ada nasi, sayur, kimchi, seaweed, ikan apa ntah, tauge rebus and aku taktau dah apa nama. makanan diorang banyak menggunakan kaedah rebus, sayur banyak, nasi macam nasi pulut rasanya, lepas tu ada juga jeruk. 


rupa restoran ini macam ni. comel kan ? so lepas makan, kitorang pergi ke folk village semula untuk solat. ko bayangkan ambil wudhu dengan air sejuk lepas tu berlari dari tandas ke bilik solat dalam keadaan sejuk di bawah takat beku. once in a lifetime kan, syukur alhamdulillah dapat juga merasa kesejukan melampau dalam keadaan badan basah basah heh

right after we performed solah, we went to Teddy Bear Museum !


kat sini semua teddy bear besar besar :3


selfie dengan teddy bear pun boleh


koala bear teddy bear !


i found this cute and rupa dia macam emoji bulan hitam dalam iphone


time to say goodbye :D honestly, we only spent half an hour in there because the snow outside really caught our attention !


my very first time playing snowball !!!


can you see the snowfall ? time ni memang salji turun dengan lebat and we still continued playing snowball and shoot each other !! i miss this moment !!!


jalan pun kena hati hati sebab licin tau



alhamdulillah best sangat. video pun ada but malas nak upload. kitorang pun ada buat snowman, tapi hm tak jadi. last last main shooting snowball jugak but overall, it was really fun moment. rinduuu

next, we went to ..

(continue part 3 hehehe)

thanks for reading anyway, annyeeoongg !